
Nama Penuh : Marliyana Binti Omar Walid
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Tarikh: Lahir: 2 Julai 1984
Tinggi : 5’4”
Berat : 53kg
Hobi : Mendengar Radio
Deskripsi : Menyanyi menjadi sumber rezeki untuk keluarga bagi gadis pingitan yang memang berbakat ini. Wajahnya melambangkan gadis melayu asli yang sejati.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Sejak usia 15 tahun pada pertandingan karaoke
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Suka bergaya dan ingin menjadi seorang model
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Pengacara televisyen
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Penyanyi sambilan
Apakah matlamat hidup anda?
Menjadi seorang yang berwawasan dan berjaya dalam hidup
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Album kaset Lionel Richie
Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Datuk Siti Nurhaliza dan Zizan Nin
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Vince
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Minum air masak secukupnya, menghafal lirik lagu dan membuat warm up lips
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Setakat ini belum ada lagi
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Berjaya dalam pertandingan nyanyian dan dapat membantu keluarga dengan duit hasil nyanyian itu
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Layak ke semua peringkat
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
80 %
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Bebas daripada peperangan
Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
New Zealand
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Saya akan memastikan para penduduk sentiasa tolong menolong
Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Bunga ros, wangi dan disukai ramai
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Boleh menyanyi lagu bahasa lain, peramah, sukakan suatu yang cantik
Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Terima kasih kepada tunjuk ajar yang diberikan kepada saya selama ini dan saya akan jadikan panduan untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang seni
Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada saya dan terima kasih kepada mak ayah sekeluarga yang selalu memberi dorongan dan semangat kepada saya selama ini. Kepada tenaga pengajar AF6, thank you so much dan tentunya kepada peminat yang mengundi saya selama ini. Terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai bakat yang ada pada diri saya dan dengan kemenangan ini saya takkan menghampakan anda semua selepas ini.
video kejutan utk YANA
Labels: yana af6
0 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)